Kon Yeow kagum pembukaan cawangan ke-14 Farmasi Georgetown di Bukit Mertajam

MACHANG BUBUK – Kumpulan Farmasi Georgetown (GP) pagi ini membuka sebuah lagi cawangan di Jalan Rozhan Taman Impian.

Ketika berucap, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menzahirkan rasa kagum dengan pembukaan cawangan farmasi ke-14 ini.

“Kumpulan GP dianggap sebagai cawangan farmasi yang disegani dengan menggalakkan gaya hidup masyarakat secara sihat, serta menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu.

“Saya percaya Kumpulan GP terdiri daripada pasukan yang dinamik, mesra serta sangat dedikasi demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan,” jelas Kon Yeow dalam majlis perasmian pembukaan farmasi itu di sini pada 27 Oktober 2018.

Hadir sama, Pengarah Urusan Asas Dunia Berhad, Dato’ Jerry Chan; Pengarah Urusan Kumpulan GP, Tan Zen Yoa; Pengarah GP Cawangan Bukit Mertajam, Ong Hoay Ling; dan Pengarah Kumpulan GP Bukit Mertajam, Liam Kah Thiam.

Selain di Pulau Pinang, difahamkan Kumpulan GP turut membukan beberapa cawangan di Kedah dan Perlis.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Foto & Video: DARWINA MOHD DAUD