Kuning dan hitam dipilih sebagai tema away jersey Penang FC

Admin

GEORGE TOWN – Pasukan bola sepak Penang FC memilih warna kuning dan hitam sebagai tema jersi untuk bertandang ke gelanggang lawan (away jersey).

 

 

Jersi tersebut telah dilancarkan oleh Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee di Komtar pagi tadi.

 

 

Menurut Lip Chee, tema tersebut dipilih sebagai meraikan lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Shukor Salleh yang juga menjadi kebanggaan Pulau Pinang dan Malaysia pada era 70 dan 80-an.

 

 

“Sebagai hadiah kepada penyokong setia Penang FC juga, beberapa tawaran menarik awal juga diberikan untuk membeli jersi ini pada harga bawah modal.

 

 

“Diumumkana bahawa Active Sports (penaja) telah bersetuju untuk memberikan potongan harga bawah modal untuk jersi kuning yang dijual pada harga RM179.90 kepada RM155 sahaja.

 

 

“Untuk itu, Penang FC juga bersedia menawarkan harga bawah modal sebagai hadiah bersama untuk pada penyokong yang akan bertandang ke perlawanan pembukaan tersebut dengan menawarkan harga serendah RM50 sehelai untuk kedua-dua baju T OrangKITA dan RM90 untuk jaket Penang FC.

 

“Inilah penghargaan teristimewa sekali seumur hidup buat penyokong yang sentiasa meberikan sokongan padu pada pasukan Penang FC,” ujar Lip Chee pada sidang media tersebut.

 

 

Hadir sama, Penasihat Undang-undang Negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Dato’ Norazmi Mohd. Norawi; Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew dan barisan pemain-pemain Penang FC.

 

 

Tambah Lip Chee, harga bawah modal itu juga sebagai penghargaan kepada penyokong yang sanggup berkelana jauh ke selatan tanah air berdepan JDT FC esok.

 

 

Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesediaan stok 250 helai jersi sahaja, manakala untuk peminat yang tidak menyaksikan perlawanan Penang FC menentang JDT FC, boleh dapatkan jersi bermula esok.

 

 

Bagi jersi di gelanggang sendiri pula, ia akan dilancarkan pada 8 Mac ini di Stadium Bandaraya apabila Penang FC bakal melayan kunjungan Melaka United.

 

 

Sebagai tanda penghargaan, pengurusan Penang FC hari ini juga akan menghadiahkan sehelai jersi kuning dengan paparan nombor 6 kepada jeneral padang, Shukor Salleh yang menjadi watak utama dalam sejarah Keramat Roar 1974.

 

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tersebut, boleh kunjungi pejabat Penang FC di tingkat dua Komtar (atas Pejabat Pos), Lebuh Tek Soon.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : TAN KEAN MING