Kunjungan hormat Panglima Wilayah Laut 3 fokus isu keselamatan perairan

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Panglima Wilayah Laut 3 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu, Laksamana Pertama Roslee Mohamad Isa.

 

 

Dalam pertemuan tersebut, Kon Yeow mengenengahkan isu berkaitan Rohingya yang sering memasuki negara ini melalui sempadan laut utara Semenanjung negara termasuk Pulau Pinang.

 

 

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu mesyuarat baru-baru ini turut mengemukakan beberapa cadangan terutamanya melibatkan penggunaan kad pelarian Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

 

 

Sementara itu, Roslee menyatakan bahawa isu terbabit perlu diselesaikan dengan efektif.

 

 

Mengakhiri kunjungan, Roslee turut mempelawa Kon Yeow untuk hadir ke pameran dua kapal pelbagai guna TLDM yang dijangka berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada 21 hingga 22 Oktober ini.

 

Turut hadir, Pegawai Wakil TLDM, Leftenan Komander Muhamad Fadhil Samsudin; Pegawai Memerintah Unit Bantuan Utara TLDM, Leftenan Komander Akhrin Azman Mohd. Amran dan Setiausaha Panglima Wilayah Laut 3, Siti Hajar Talha.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN