Ladang nipah Pak Man harap dinaiktaraf jadi produk pelancongan

4
TANDAN bunga pokok nipah
yang sedia dituai.

Oleh: YAP LEE YING
Gambar: ALISSALA THIAN

RASANYA manis original (asli), menyegarkan dan lain dari yang dijual di pasaran.

Itulah gambaran penulis apabila menghirup nira nipah keluaran Osman Md. Isa, 59, atau lebih popular dengan gelaran Pak Man yang merupakan pengusaha air dan cuka nipah terkemuka di Kampung Tepi Laut, Pasir Gebu, Penaga, Seberang Perai Utara (SPU).

Kedatangan Buletin Mutiara (BM) di kediaman Pak Man disambut mesra oleh isterinya.

Sementara menunggu kepulangan Pak Man dari pekan, kami menyusuri lorong kecil tepi rumahnya bagi meninjau sendiri keunikan ladang nipah seluas enam ekar milik beliau.

Kira-kira enam tahun berkecimpung dalam perusahaan tersebut, Pak Man kini memiliki 1,000 pokok nipah yang bakanya diperoleh dari serata negeri di utara Semenanjung yang menawarkan kualiti lebih bagus.

“Baka yang paling bagus adalah dari Sabah dan Sarawak,’’ jawab Pak Man ringkas sebagai pembuka bicara pada sesi temuramah pada hari berkenaan.

Tidak dinafikan, penglibatan Pak Man dalam bidang tersebut adalah hasil pengaruh ayahnya sejak dari kecil. Namun, bagi dirinya, keunikan tumbuhan tersebut yang membuatkan beliau meneruskan tradisi berkenaan.

“Nira dan cuka nipah ada banyak khasiatnya. Ia boleh cuci buah pinggang, rawat penyakit darah tinggi, sakit-sakit lutut, bisa-bisa binatang dan rahsia awet muda iaitu dengan mencampurkan cuka dengan bedak dan madu sebelum disapukan pada muka.

“Malah, orang mengandung juga boleh minum nira nipah ni. Tapi, masa masuk sembilan bulan, tak boleh, kerana air ni (nira nipah) sejuk, takut budak (bayi dalam kandungan) tak boleh pusing.

“Sekiranya nira dicampur madu, ia dapat meningkatkan tenaga batin,’’ jelas beliau yang pernah mewakili negeri sebagai pengusaha aktif nira nipah pada peringkat kebangsaan.

Sebelum bergiat sepenuh masa dalam perusahaan tersebut, Pak Man pernah terlibat dalam projek tanaman sayur-sayuran sejak tahun 1978. Namun, minatnya adalah lebih mendalam kepada nira nipah.

Baginya, perusahaan nira nipah memerlukan banyak komitmen, kesabaran, ketabahan dan memperuntukkan kegigihan usaha seseorang pengusaha.

CUKA nipah keluaran Pak Man.
CUKA nipah keluaran Pak Man.
P A K M a n menu n j u k k a n produk-produk keluarannya.
PAK MAN menunjukkan produk-produk
keluarannya.

 

“Pokok nipah berduri dan tajam. Saya pernah menerima empat jahitan akibat terkena pisau pemotong,’’ ujar Pak Man yang meletakkan ‘kecederaan’ sebagai syarat wajib bagi seseorang peneroka/ pengusaha nira nipah.

Pada peringkat permulaan, demi mempromosikan produk keluarannya, Pak Man sanggup membekalkan produk keluarannya secara percuma di kedaikedai berhampiran.

Usaha yang disemai dalam tempoh setahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila permintaan terhadap produk beliau kini kian meningkat, malah, tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

“Dulu, jual kat kedai. Sekarang, orang datang ke rumah,’’ jawab Pak Man sambil menyatakan bahawa hanya terdapat seorang atau dua pengusaha sahaja di Pulau Pinang yang betul-betul komited dalam perusahaan nira nipah.

Lazimnya, pokok nira nipah memerlukan tempoh masa empat tahun untuk dituai. Tandan buah yang tumbuh dicantas dan kemudian
diletakkan botol pada penghujungnya.

Dalam tempoh lima jam, nira  nipah yang dapat dikumpul adalah kira-kira 500 mililiter bagi satu tandan. Proses tersebut diulang sebanyak tiga kali dalam masa sehari.

Walaupun setiap tandan yang dituai dapat bertahan selama dua bulan, namun, hasil tuaian adalah berbeza mengikut musim. Contohnya, bermula pada penghujung tahun hingga April, tuaian adalah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Bagi Pak Man, cabaran utama ketika mula berkecimpung dalam bidang tersebut adalah modal kerana terpaksa menunggu empat tahun sebelum tuaian pertama.

Bagi memperkembangkan perusahaannya, Pak Man berharap dapat memperoleh bantuan peti sejuk beku bagi menyimpan bekalan bekalan produk keluarannya.

Malah, beliau yang dikurniakan tujuh cahaya mata tersebut turut berharap terdapat pihak dan jabatan berkaitan mengambil inisiatif khas menaiktaraf ladangnya sebagai pusat pelancongan termasuk projek homestay, pertanian dan lain-lain potensi sebagaimana dipraktik di luar negara.

Selain nira nipah, Pak Man turut mengusahakan cuka nipah yang turut diiktiraf pengeluarannya.

TANDAN bunga pokok nipah yang sedia dituai.
TANDAN bunga pokok nipah
yang sedia dituai.