Laporan selesai kes Shaik Hussein, KM saman malu UM, BH

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng akan mengfailkan saman malu ke atas akhbar Utusan Malaysia (UM) dan Berita Harian (BH), gara-gara enggan menyiarkan perkara sebenar melalui kenyataan dikeluarkan beliau di sini mengenai lafaz permohonan maaf sebanyak dua kali daripada Shaik Hussein Mydin, sebelum Penghakiman Persetujuan diumumkan pada 20 Ogos lalu.

“Seolah-olah saya pula menarik saman fitnah itu tanpa syarat, sungguhpun Shaik Hussein Mydin sebenarnya (melafazkan) dua kali permohonan maaf dengan syarat disiarkan dalam media-media terbabit.

“Nampaknya Utusan Malaysia (UM) dan Berita Harian (BH) enggan menyiarkan perkara sebenar yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman (Y.A. Dato’ Nordin Hassan), saya akan mengfailkan saman malu ke atas dua media terbabit,” jelas Guan Eng kepada wartawan di sini hari ini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) turut menyertai sidang media itu.

Terdahulu, Guan Eng bersetuju menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada bulan Oktober 2012, apabila Shaik Hussein dikatakan bersetuju menarik balik semua tuduhan yang disiarkan di beberapa media
sebelum ini.

Bagimanapun, Shaik Hussein yang juga bekas Ketua Pemuda Umno pada sidang media selepas consent judgement itu menafikan pula beliau melafazkan permohonan maaf kepada Guan Eng.

Sehari kemudian, Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri, Raja Syarafina Raja Shuib mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ‘sebenar’ berdasarkan salinan Penghakiman Persetujuan berwajib.

Kata Raja Syarafina, Shaik Hussein memohon maaf secara lisan sebanyak dua kali kepada Guan Eng, dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan di kamarnya, sebelum Penghakiman Persetujuan direkodkan.

“Penyelesaian secara baik di luar mahkamah dipersetujui apabila Shaik Hussein berjanji untuk antara lain, memohon maaf secara lisan daripada Ketua Menteri dalam Kamar Hakim serta menarik balik kenyataan berunsur fitnah dalam media tanpa syarat.

“Shaik Hussein Mydin secara lisan telah dua kali memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng (Guan Eng), di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” jelas beliau dalam satu kenyataan bertulis di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Guan Eng bersetuju menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada bulan Oktober 2012, apabila Shaik Hussein dikatakan bersetuju menarik balik semua tuduhan yang disiarkan di beberapa media sebelum ini.

Bagimanapun, Shaik Hussein pada sidang media selepas Penghakiman Persetujuan direkodkan, menafikan pula beliau melafazkan permohonan maaf kepada Guan Eng.

Penyelesaian secara baik di luar mahkamah tersebut melalui suatu Penghakiman Persetujuan bertarikh 19.8.2015 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan, telah dijalankan berikutan persetujuan Shaik Hussein untuk melakukan, antara lain, seperti berikut –

(a) membuat tawaran permohonan maaf secara lisan kepada Guan Eng dalam Kamar Hakim; dan
(b) menarik balik kenyataan berunsur fitnah tanpa syarat (unconditional retraction).

Bagi mengelakkan keraguan, permohonan maaf secara lisan tersebut tidak dinyatakan di dalam Penghakiman Persetujuan atas permintaan bertulis Shaik Hussein melalui surat daripada peguam beliau bertarikh 31.7.2015, yang mana seterusnya dipersetujui Guan Eng dengan murah hati.

Meskipun demikian, permohonan maaf secara lisan telah sememangnya diutarakan dengan jelas oleh Shaik Hussein kepada Guan Eng sebanyak dua kali di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman serta peguam kedua-dua pihak.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);