Larian The Top Komtar lasak, uji kekuatan fizikal

CABAR KEUPAYAAN… Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng mengakui bahawa cabaran mendaki 1,217 anak tangga sempena Larian The Top Komtar Tower 2017 bukanlah suatu perkara mudah.

Katanya, mendaki anak tangga hingga ke Tingkat 59 Komtar memerlukan kekuatan mental dan fizikal lasak.

“Saya kagum dengan kegigihan para peserta. Ini kerana, sebelum menaiki anak tangga, peserta juga perlu berlari sejauh 7 kilometer (km).

“Saya juga difahamkan bahawa kirakira 1,000 peserta turut berpeluang merebut hadiah cabutan bertuah bernilai RM15,000, iaitu keahlian Tower Club Penang,” ucapnya sebelum menyempurnakan upacara pelepasan peserta Larian The Top Komtar Tower 2017 Edisi Kesembilan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Komtar, Ng Wei Aik dan Ketua Pegawai Eksekutif One World Group Holdings, Datuk Seri Richard Goh.