Lawatan Gabenor Jeneral Kanada penghormatan kepada Pulau Pinang

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Gabenor Jeneral Kanada, Y.A.B. David Johnston bersama-sama beberapa orang delegasi telah mengadakan lawatan diplomatik ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Lawatan dua hari tersebut disambut mesra oleh Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas bersama Toh Puan dan juga Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Malah, beliau turut dibawa melawat ke kilang RIM Blackberry di Jalan Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah dan turut menyampaikan ucaptama “Diplomasi Ilmu: Pendidikan dan Globalisasi Dalam Abad ke-21” di Universiti Sains Malaysia, di sini.

Dalam pada itu, Johnston turut mengadakan lawatan ke Gereja Anglican St. George bersama-sama beberapa orang delegasi.

Johston dan delegasi turut diraikan oleh Abdul Rahman dalam sebuah majlis rasmi yang diadakan di Hotel E&O di sini.