Lebar Jln. Masjid Negeri bukan ‘sementara’ – Exco

GEORGE TOWN – Pelebaran bahagian tertentu pada Jalan Masjid Negeri bukanlah bersifat ‘sementara’ serta pembaziran dana Kerajaan Negeri, sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan.

Mengulas lanjut, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng berkata, projek penarafan tersebut bersifat kekal demi menangani kesesakan trafik yang teruk kebelakangan ini hingga masa hadapan.

“Ia tidak mungkin bertaraf ‘jalan sementara’ sahaja…pelebaran Jalan Masjid Negeri ini menangani untuk menangani (kesesakan) trafik,” katanya yang juga ADUN Bagan Jermal pada Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Mengulas lanjut, Hock Seng memberitahu, kos penarafan sebahagian projek tersebut adalah RM1.9 juta. Sebelum itu, Jayabalan pada sesi celahan antara lain menyebut bahawa Kerajaan Negeri hari ini seakan melakukan pembaziran jika dilihat pada projek penarafan jalan tersebut.

“Bolehkah ia disifatkan sebagai ‘jalan sementara’ sahaja.

“Mengapa pula berbazir sampai RM1.8 juta,” soal Jayabalan, ADUN Pakatan Harapan dari PKR.

Difahamkan, pelebaran Jalan Masjid Negeri di antara Bulatan Udini dan Jalan Delima serta projek-projek penarafan berwajib yang lain meliputi persimpangan Jalan Air Itam, Jalan Scotland serta persimpangan Lorong Batu Lanchang, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Hamilton menelan belanja keseluruhan sebanyak RM24.45 juta.

Sehingga tarikh 29 Februari lalu, mengikut pecahan, projek penarafan yang telah siap direkodkan menelan belanja RM16.6 juta, manakala projek pelebaran jalan yang masih dijalankan menelan kos 7.85 juta.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);