KM anggap pembangkang terima keputusan DUN setujui usul tambak laut

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB & AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganggap usul tergempar baharu mengenai isu penambakan laut yang diterima majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), turut diterima oleh wakil rakyat daripada blok pembangkang di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika ditanya mengenai kritikan lantang daripada lima ADUN pada sesi perbahasan usul tersebut.

“Bolehkah kita teruskan dengan usul yang dipersetujui, dan akan melihat perkara yang dibangkitkan ini kemudian,” responsnya yang juga ADUN Air Putih selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Usul yang dipersetujui majoriti ADUN tersebut berbunyi,

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwajibkan tidak memulakan projek penambakan laut sehingga mendapat kelulusan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Persekutuan yang perlu dipantau dan diperiksa oleh Majlis Pengangkutan Negeri (PTC) dan termasuk mencari alternatif lain dari segi pembiayaan projek-projek PIP yang mempunyai model yang ‘feasible and sustainable’ termasuk pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan”.

} else {