Lebih RM75,000 hadiah wang tunai ditawarkan pada penganjuran PEF 2019, jom meriahkan!

Admin

GEORGE TOWN – Beberapa permainan e-sukan akan ditonjolkan sempena penganjuran Penang Esports Festival (PEF) 2019 yang akan berlangsung pada 7 dan 8 September.

 

Antara permainan e-sukan yang akan berentap ialah PUBG Mobile, TEKKEN 7, Super Smash Bros, Ultimate, SOULCALIBUR VI, Dragon Ball FighterZ, Auto Chyess, Pokemon Video dan Trading Card Games.

 

Exco Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (PETACH), Yeoh Soon Hin berkata penganjuran e-sukan buat julung kalinya itu merupakan mercu tanda acar sukan dan permainan terbesar di wilayah utara.

 

“PEF 2019 bertujuan untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai sebuah hab permainan dan sukan di Malaysia sambil mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan untuk golongan belia.

 

“Bezanya e-sukan ini dengan sukan sebenar kedua-duanya disusun berbentuk persaingan seperti sukan profesional tetapi bagi e-sukan ia berpusat melalui permainan video,” ujarnya ketika sidang media pengumuman penganjuran berkaitan di sini hari ini.

 

PEF 2019 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melaui Pejabat PETACH dan Penang Global Tourism, ia akan berlangsung di SPICE Arena dari 10 pagi hingga 8 malam.

 

Lebih daripada RM75,000 hadiah wang tunai disediakan untuk para pemenang mengikut kategori pertandingan. Untuk maklumat lanjut, sila layari PEF Facebook di Penang Esports Festival dan laman sesawang www.penangesports.com.