Lima negeri bakal berentap di Kejohanan Floorball Remaja Peringkat Kebangsaan 2019

Admin

GEORGE TOWN – Lima negeri bakal berentap bagi merebut kejuaraan pada Penganjuran ‘Sukan Untuk Semua : Kejohanan Floorball Remaja Peringkat Kebangsaan 2019 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 4 Ogos ini.

Negeri-negeri berkenaan adalah Johor, Perak, Kuala Lumpur, Selangor serta tuan rumah, Pulau Pinang.

Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee berkata, kejohanan anjuran kali kedua tersebut akan berlangsung di Safira Sport Planet Seberang Jaya mulai jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam.

“Untuk menggalakkan lebih banyak warga negeri mengenali Sukan Floorball, pihak penganjur telah mengadakan klinik pengajaran secara percuma.

“Klinik ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 10-12 tahun yang mana mereka akan belajar teknik dan cara bermain.

“Klinik tersebut akan dikendalikan oleh pemain-pemain pasukan kebangsaan yang berasal dari Pulau Pinang (Skuad Sukan SEA Filipina 2019),” katanya semasa sidang media di Komtar, sebentar tadi.

Maklumat lanjut berhubung penyertaan program boleh hubungi talian: 0164707509.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN

Gambar: DARWINA MOHD. DAUD