Maher Zain Malaysia Tour 2019, di Pulau Pinang 16 Mac

Admin

GEORGE TOWN – Penyanyi tersohor antarabangsa, Maher Zain kembali lagi ke Pulau Pinang sempena Maher Zain Malaysia Tour 2019 pada 16 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan & Kesenian Negeri, Yeoh Soon Hin pada sidang media di pejabatnya di Komtar, tadi.

Bakal berlangsung di Setia SPICE Arena, konsert pelantun lagu InsyaAllah itu akan mengadakan persembahan selama tiga jam mulai 8:00 malam.

Konsert anjuran New Catalysts Resources (NCR) dan My Events International itu turut disokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selain Pulau Pinang, Maher Zain juga turut menjelajah ke Kuala Lumpur (9 Mac), Johor (15 Mac) dan berakhir di Sabah (17 Mac).

Tiket sudah mula dijual menerusi www.tixmalaysia.com pada harga RM1,000 (VVIP), RM368 (platinum), RM138 (gold) dan RM78 (bronze).

Untuk keterangan lanjut hubungi 03-8070 7666.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN