Majlis makan malam dimeriahkan 800 tetamu

Admin
KETUA Menteri dan isteri, Betty Chew.
KETUA Menteri dan isteri, Betty Chew.

BAYAN BARU – Majlis makan malam sempena sambutan kelahiran ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dihadiri kira-kira 800 tetamu jemputan di sini baru-baru ini.

Majlis yang diserikan dengan persembahan okestra, Okestra P. Ramlee pimpinan Idris Mat Isa turut mengundang penyanyi muda, Nas Adila Mohd. dan serta penyanyi bersuara lunak era 80-an, Razis Ismail.

Sempena majlis tersebut juga, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew serta Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain dan isteri telah menghadiahkan Abdul Rahman album bergambar sepanjang pertadbiran beliau sebagai teraju utama Pulau Pinang. Turut disertakan adalah potret istimewa Abdul Rahman bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan acara memotong kek dan nyanyian lagu hari jadi oleh para hadirin.