Mangsa kebakaran dibantu

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI


TELOK AIR TAWAR – Selain bantuan bencana Kerajaan Negeri, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Air Tawar juga bakal mengusahakan kutipan dana bagi membantu mangsa kebakaran, Zainab Ibrahim di Kampung Bagan Tambang di sini.

PPK terbabit, Salehin Mohamed berkata, inisiatif tersebut adalah bagi membantu mangsa yang mana kediamannya musnah dijilat api.

“Maklumat awal menyatakan bahawa mangsa hanya sempat menyelamatkan dokumen-dokumen penting dan sebuah kereta Proton Wira yang dialih sejurus selepas kebakaran berlaku,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Selain itu, turut terkena bahang kebakaran sehingga menyebabkan tingkap dan langsir rumah terbakar adalah kediaman Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Mata Kuching, Zahir Ismail.

KEDIAMAN Zainab Ibrahim dalam kejadian kebakaran di Kampung Bagan Tambang di sini baru-baru ini.
KEDIAMAN Zainab Ibrahim dalam kejadian kebakaran di Kampung Bagan Tambang
di sini baru-baru ini.