Mangsa ribut terima sumbangan

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : LAW SUUN TING

 

DATUK KERAMAT – Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menyampaikan sumbangan sebanyak RM13,500 kepada 13 mangsa bencana ribut di sini barubaru ini.

Serentak itu, Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Yusni Md. Yusop, iaitu pemilik sebuah rumah yang ranap dihempap oleh sebatang pokok besar berusia kira-kira 100 tahun di Kampung Dodol di sini.

“Saya sendiri turut berbincang dengan kontraktor mengenai kos RM14,500 untuk membersihkan kawasan runtuhan ini.

“Keluarga (Yusni) ini turut diberi sumbangan RM5,000,” jelasnya selepas mengadakan lawatan ke kawasan bencana dan kediaman Yusni di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Jagdeep turut memuji langkah pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan sokongan Pasukan Bomba & Penyelamat kerana cepat bertindak menguruskan bencana di sini.

“Tragedi ribut selama kira-kira 10 minit tersebut kemungkinan kesan daripada perubahan iklim di negeri ini.

“Ramalan cuaca menunjukkan musim yang kering, tetapi, kawasan saya telah mengalami banjir kilat dua kali minggu ini, justeru, kami perlu bersedia.” ujar beliau.

Dalam pada itu, Yusni yang ditemui kemudian melahirkan rasa syukur kerana kemusnahan rumahnya itu langsung tidak meragut nyawa anggota keluarga beliau.

“Nasib baik kami tidak ada di rumah semasa ribut melanda, tapi, rumah kami musnah semuanya,” jelasnya.if (document.currentScript) {