Masalah banjir Taman Merbau Indah selesai – PPK

SUNGAI DUA – Masalah banjir yang kerap berlaku berdekatan Taman Merbau Indah kini bakal berakhir apabila Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Sungai Dua, Zahadi Mohamad mengambil inisiatif membina longkang dengan kos RM80,000 hasil usahasama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara.

Zahadi berkata, pihaknya juga sedang meninjau beberapa lagi kawasan yang berkecenderungan banjir terutama kawasan yang rendah.

“Kawasan sekitar sini akan berubah wajah dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun kerana pembangunan yang semakin pesat.

“Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan harus dilaksanakan demi menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk di sini,” jelasnya baru-baru ini.