Masjid Daerah Timur Laut terima sumbangan van jenazah bernilai RM155,752.18

Admin
dsc 4065

TANJUNG BUNGA– Penyerahan van jenazah bernilai RM155,752.18 kepada Masjid Daerah Timur Laut (Masjid Terapung) melengkapkan penerimaan van-van terbabit yang telah diberikan kepada Masjid Negeri Pulau Pinang dan lima Masjid Daerah lain.

 

 

 

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid kepada Pegawai Daerah Timur Laut, Rosli Halim merangkap Pengerusi Masjid Daerah Timur Laut, Rosli Halim.

 

 

 

“Sumbangan ini pastinya bermakna kepada pihak masjid di mana matlamat sumbangan ini adalah untuk memudahkan pengurusan jenazah anak kariah Masjid Daerah Timur Laut.

 

 

 

“Saya percaya sumbangan van jenazah ini sudah pasti dapat melengkapkan lagi fungsi dan perkhidmatan pengurusan jenazah Masjid Daerah Timur Laut kepada anak-anak Kariah.

 

 

 

“Perkhidmatan yang sempurna dengan kemudahan van jenazah ini pastinya akan membolehkan urusan pengebumian masyarakat Islam di sini dapat dijalankan dengan lebih cepat dan teratur sebagaimana yang dituntut oleh hukum Syarak,” ujar beliau pada Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah Kepada Masjid Daerah Timur Laut dekat Tanjung Bunga di sini pagi tadi.

 

dsc 4069

 

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Dato’ Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Dato’ Zulkifli Rashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Dato’ Amran Hazali.

 

 

Difahamkan, agihan ini menggunakan dana tawaquf di bawah Asnaf Fisabilillah.

 

 

 

Sumbangan van jenazah ini telah dilaksanakan sejak tahun 2022 lagi dengan nilai keseluruhan agihan zakat yang berjumlah RM872,280.00.

 

 

 

“Dalam konteks gagasan Malaysia Madani, saya percaya dengan dana agihan zakat yang diuruskan oleh ZPP adalah seiring dan bertepatan dengan elemen keterangkuman kepada semua.

 

 

 

“Ini bagi membina masyarakat Islam bertamadun serta diurus dengan baik dan membolehkan setiap rakyat mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat,” ulas Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

 

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD