Masyarakat pelbagai kaum meriahkan rumah terbuka Aidilfitri MPKK Kampung Baru Alma

Admin

PADANG LALANG – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Alma pada 16 Jun lalu berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merangkap Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng.

Chong Eng dalam ucapan ringkasnya berkata, suasana harmoni yang ditonjolkan pada majlis tersebut membuktikan bahawa ukhuwah antara masyarakat berbilang kaum di negara ini masih kekal utuh.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Alma, Zulkifli; Setiausaha MPKK Kampung Baru Alma, Rosli; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Fakhruz Zaman serta wakil Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Siti Nurshazreen.

Pada majlis tersebut, para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai juadah enak, antaranya sate, kuih apam, ayam goreng, mi kuah ketam, laksa, nasi ayam dan banyak lagi.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADUN