MBPP lulus caj kompaun kesalahan parkir

GEORGE TOWN – Mesyuarat Biasa Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang berlangsung baru-baru ini telah meluluskan cadangan kenaikan caj kompuan bagi lain-lain kesalahan di tempat meletak kereta Majlis berkuatkuasa mulai 1 Ogos lalu.

Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan MBPP, Joseph Ng Soon Siang ketika membentangkan keputusan berkaitan berkata, cadangan untuk menaikkan kadar caj kompaun tersebut telah diluluskan sebanyak RM100 berbanding RM30 sebelumnya.

“Kenaikan caj kompaun bagi lainlain kesalahan di tempat meletak kereta MBPP seperti atas siar kaki awam dan di dalam petak OKU (orang kurang upaya) dikuatkuasakan tanpa sebarang pengurangan.

“Manakala, bagi kesalahan meletak kereta di luar petak akan diteliti dan dibincangkan semula.

“Ini ekoran maklum balas diterima daripada orang awam yang mengkehendaki Majlis mempertimbangkan semula saman parkir di luar petak sebanyak RM100,” jelasnya selepas selesai Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 07 Tahun 2015 di Dewan Bandaran, Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, bagi kesalahan parkir motorsikal, saman yang dikenakan kini adalah berjumlah RM20 berbanding RM15 sebelum ini.

Ketika ditanya berhubung kesalahan berkaitan kupon atau alatan parkir, Joseph memaklumkan bahawa perkara tersebut ditangguhkan.

“Kesalahan berkaitan kupon atau alatan parkir di tempat letak kereta MBPP setakat ini ditangguhkan dan akan dibentangkan semula pada mesyuarat bulan November nanti,” jelas beliau.

} else {