MBSP laksana Hari Tanpa Tunai setiap Rabu mulai 1 Jun

Admin

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan melaksanakan Hari Tanpa Tunai di kaunter pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada hari Rabu setiap minggu mulai 1 Jun ini.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Azhar Arshad berkata pada hari tersebut, penggunaan wang tunai dalam semua jenis transaksi tidak akan diterima.

“Oleh itu, pelanggan digalakkan untuk membuat permohonan dan transaksi bayaran menggunakan aplikasi digital seperti laman Cyber Counter MBSP, MBSPPay, JOMPAY, e-boost dan TnG e-wallet.

“Bagi melancarkan urusan dan memberi kemudahan kepada pelanggan, beberapa inisiatif lain disediakan seperti penyediaan Sudut Cyber Counter dan kiosk.

 

“Antara perkhidmatan yang boleh dimohon secara atas talian termasuklah permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan MBSP, permohonan tukar nama dan alamat pos cukai taksiran, permohonan lesen anjing dan permohonan pelekat kereta orang kurang upaya (OKU).

 

“Selain itu, permohonan pelekat gegantung, permohonan kebebasan maklumat (FOI), tempahan kompleks sukan MBSP, aduan, bayaran cukai taksiran, kompaun MBSP dan sewa gerai termasuk perkhidmatan-perkhidmatan lain yang menggunakan i-bill juga boleh dimohon,” ujar beliau pada Mesyuarat Majlis Penuh Yang Kelima dekat Menara Bandaraya di sini pagi tadi.

 

Tambah Azhar, ‘Hari Tanpa Tunai’ ini dilihat sebagai inisiatif yang penting pada masa pandemik dan menjadi pemangkin kepada perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan lebih selamat.

 

“Justeru, adalah diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan kefahaman warga Seberang Perai mengenai perkhidmatan dalam talian MBSP,” jelasnya.

 

Serentak ke arah pendigitalan tersebut, Azhar berkata aplikasi pintar ASPIRE yang telah dilancakran oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo pada 24 Mei lalu.

 

“ASPIRE dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, interaktif dan informatif yang dijangka dapat memperkenalkan Seberang Perai dan MBSP secara meluas.

 

“Antara komponen menarik dalam ASPIRE adalah eksplorasi yang membawa pengguna menerokai lokasi-lokasi menarik di Seberang Perai kepada tiga bahagian iaitu tempat sejarah, lokasi menarik dan tempat makan.

 

“Aplikasi ASPIRE boleh di muat turun sekarang di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery atau layari https://aspire.mbsp.gov.my.

 

Pada kesempatan sama, Azhar memberitahu bahawa World Wide Fund (WWF) mengumumkan Seberang Perai tah terpilih sebagai johan bagi One Planet City Challenge (OPCC) dan kejayaan ini melayakkan Seberang Perai bertanding di peringkat global mewakili Malaysia.

 

Pusingan kelayakan melibatkan lebih daripada 280 buah bandar daripada 50 buah negara yang telah disenarai pendek untuk menyertai Pertandingan OPCC ini.

 

Text & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI