Menyatupadukan segala usaha ke arah fasa pemulihan seterusnya

Admin
首长巡视诚爱专科医院的疫苗接种中心。右起:杨顺兴、阿都拉扎、曹观友、梁明浪、李晋德及玛丽安。

GEORGE TOWN – Pulau Pinang telah capai kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencukupi bagi memenuhi sasaran imuniti kelompok pada akhir Oktober ini.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa Kerajaan Negeri perlu membuat perancangan rapi berhubung ‘penggunaan’ vaksin secara optimum.

“Kita (Kerajaan Negeri) perlu merancang penggunaan vaksin yang dibekalkan secara optimum bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak tersasar.

“Justeru, saya sekali lagi menyeru semua pihak untuk menyatupadukan segala usaha demi membolehkan negeri Pulau Pinang beralih ke arah fasa pemulihan seterusnya pada kadar secepat mungkin,” ujarnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi di sini.

Sebelum itu, Kon Yeow meneruskan sesi lawatannya ke PPV Hospital Swasta (PPVHS) dekat Georgetown Specialist Hospital, Jalan Masjid Negeri sebagai memantau kelancaran pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri Pulau Pinang.

Hadir sama, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin; Dato’ Abdul Razak Jaafar (Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Negeri Pulau Pinang); Datuk Dr. Liong Meng Loong (Pengasas merangkap Pengerusi Georgetown Specialist Hospital) dan Dr. Mary Ann Harris (Pengarah Eksekutif Penang Centre of Medical Tourism).

PPV Georgetown Specialist Hospital merupakan PPV hospital swasta yang mula beroperasi semalam dengan kapasiti pemberian vaksin harian adalah sebanyak 50 dos.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : CHAN KOK KUAN