Mesin komposit proses sisa makanan di Pasar Awam Farlim

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : SHUM JIAN WEI

PAYA TERUBONG – Pasar Awam Farlim di sini merupakan pasar awam ke-enam di negeri ini dilengkapi mesin komposit memproses sisa makanan terbuang bertujuan mendidik para peniaga berhubung kebaikan mengitar semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin berkata, inisiatif membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tersebut adalah sebagai langkah permulaan bagi mendedahkan peniaga-peniaga di sini untuk mengitar semula bahan terbuang kepada sumber bermanfaat.

“Apa yang seseorang perlu lakukan adalah mengumpul bahan buangan harian ke dalam tong disediakan sebelum ia diserahkan kepada kakitangan Majlis untuk dikitar semula.

“Sejumlah 70 hingga 100 kilogram (kg) bahan-bahan kitar semula dapat diproses pada satu-satu masa untuk dijadikan baja organik,” ujarnya pada Majlis Perasmian Penggunaan Mesin Kompos Sisa Makanan di Pasar Awam Farlim di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis MPPP, Harvinder Singh, Ong Ah Teong dan Joseph Ng Soon Siang.

Sebelum ini, pemasangan mesin komposit sama turut diperkenalkan di lima pasar awam sekitar Pulau Pinang iaitu Pasar Awam Bayan Baru, Pasar Awam Pulau Tikus, Pasar Awam Lebuh Campbell, Pasar Awam Batu Lanchang dan Pasar Awam Jelutong.

Dalam tempoh terdekat, Pasar Awam Padang Tembak turut akan dilengkapi dengan kemudahan berkenaan ke arah mengalakkan program-program hijau di negeri ini.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);