Satu rumah, satu pokok durian belanda – Pak Tam

PURI durian belanda yang dibotolkan.
PURI durian belanda yang dibotolkan.

 

 

Oleh : YAP LEE YING

Gambar : IDZHAM AHMAD

DAHULU, pokoknya hanya dibuang dan tiada sesiapa pun yang ingin menanam ia. Sekiranya di kampung, pokok seakannya, nona adalah lebih digemari, malah lebih dikenali berbanding durian belanda yang seasing nama ia.

 

Kini, harga jualan durian belanda mampu mencecah lebih RM20 sekilogram (kg).

 

Kata orang, makan durian belanda mampu mengubati kanser dan buahnya memiliki kadar antioksiden tertinggi berbanding buah-buahan lain.

 

Menurut Aidi Akhbal Mohd. Zainon yang merupakan pembekal puri durian belanda di pasaran utara Semenanjung Malaysia pada sesi wawancara bersama-sama Buletin Mutiara baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat beberapa testimoni berhubung keberkesanan khasiat ia.

 

“Tiga pesakit kanser tahap tiga yang masing-masing menetap di Kulim (Kedah), Taiping (Perak) dan Bukit Merah (Perak) yang hampir dibedah akhirnya tidak jadi menjalani pembedahan.

 

“Malah, bagi wanita mengandung, ia mampu mengelak bayi daripada terkena penyakit kuning (jaundis),” katanya sambil menyatakan bahawa penyakit tiroid beliau juga telah sembuh hasil amalan pemakanan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan sebelum ini.

 

AIDI Akhbal Mohd. Zainon atau Pak Tam.
AIDI Akhbal Mohd. Zainon atau Pak Tam.

Aidi Akhbal yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Tam memberitahu, tiada sukatan khas berhubung amalan pemakanan puri asli tanpa bahan tambahan dan perisa yang dipek 1kg setiap botol. Harga jualan adalah RM35 bagi setiap botol.

 

“Kaedah pemakanan adalah amat senang. Puri durian belanda yang dikisar sekali dengan bijinya hanya perlu dibancuh dengan air.

 

“Sekiranya dibekukan, produk dapat bertahan selama tiga bulan, bahagian peti ais biasa (tiga minggu) dan suhu bilik (tiga hari),” jelas beliau.

 

Mengulas mengenai pembabitan beliau, Pak Tam menyatakan bahawa syarikat hasil perkongsian bersama-sama beberapa ahli keluarga terdekat asalnya mengimport buah-buahan eksotik seperti buah salak, durian belanda dan avocado dari Vietnam serta Indonesia selain bekalan dalam negara.

 

“Sepanjang proses pemindahan itu, terdapat banyak buah durian belanda rosak dan terpaksa dibuang.

 

“Sambil-sambil tengok buah (durian belanda) yang bazir dibuang, tiba-tiba terfikir bahawa boleh ambil purinya untuk dijadikan produk minuman demi kesihatan,” ujarnya dengan menyatakan bahawa lokasi kilang pemprosesan adalah di Sungai Buloh, Selangor.

 

Mengulas lanjut, walaupun penerimaan durian belanda masih baru dalam kalangan masyarakat, sambutan terhadap produk yang dijual adalah amat menggalakkan.

 

“Kini, terdapat 80 dealer di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Malah, kita masih buka kepada peniaga-peniaga yang berminat menjadi pembekal di pasaran utara Semenanjung.

 

“Kami masih memerlukan ramai dealer di Pulau Pinang. Kita akan bagi keuntungan paling tinggi untuk pembekal kita berbanding buah-buahan lain di Malaysia.

 

“Malah, melalui strategi pemasaran yang digunakan kini iaitu menerusi iklan suratkhabar, mulut ke mulut, radio dan jurnal agro, kira-kira 300 hingga 400 botol puri dapat dijual dalam tempoh sebulan,” jelas Pak Tam.

 

Tambah beliau, persaingan dalam bidang berkaitan kini adalah masih amat rendah.

 

Apa yang penting, baginya adalah mewujudkan kesedaran umum berhubung khasiat durian belanda.

 

“Kita harapkan semua orang Malaysia makan durian belanda. Malah, satu rumah, perlu adanya sepohon pokok durian belanda,” serunya.

 

Pak Tam memberitahu, sebagai perancangan masa depan, syarikatnya bakal memiliki ladang durian belanda sendiri di Lanchang, Pahang bagi menjamin pembekalan secara berterusan dan mengurangkan kadar import.

 

“Malaysia adalah negara yang paling sesuai ditanam durian belanda. Ini adalah didorong oleh faktor cuaca yang tidak  terlalu kering dan terlalu basah.

 

“Apa yang penting, kami bukan semata-mata ingin cari keuntungan, sebaliknya, demi kepentingan kesihatan semua rakyat negara ini,” kata beliau mengakhiri sesi wawancara baru-baru ini.

 

 

 

INFO :

Puri Asli Resources

No. 50, Medan Suri Sungai Nibong,

Pulau Pinang.

Emel : [email protected]

No. Tel. : 04 – 643 9473 / 012 – 464 3004

 

 

 document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);