Minggu kesedaran kanser mulut, ADUN cadang jadikan program tahunan KADUN

 

 

MERIAH… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid menyuarakan rasa berpuas hati dengan sambutan masyarakat setempat terhadap Hari Terbuka Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2018 yang berlangsung baru-baru ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bukit Gelugor itu diadakan di kawasan rumah pangsa Taman Tun Sardon.

“Sangat padat (pengunjung) pada hari tersebut sebab lokasi yang strategik…dengan pelbagai program untuk masyarakat seperti pemeriksaan kesihatan, ujian pap smear, pameran agensi kerajaan, bank dan pihak swasta.

“(Dan) paling penting adalah pameran daripada Kerajaan Negeri yang berperanan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai program-program kebajikan negeri yang mungkin ada terlepas pandang,” ujar beliau kepada pemberita baru-baru ini.

Rentetan dari sambutan hangat, Syerleena turut mencadangkan agar program hari terbuka itu dijadikan program tahunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seri Delima.

 
Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar: ADUN