Misi pasca banjir MBPP berlepas ke Johor

Admin

PADANG KOTA- Atas semangat setiakawan dan kemanusiaan, Misi Rombongan Pasca Banjir Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bergerak ke negeri Johor Darul Ta’zim pagi ini.

 


Pelepasan konvoi jentera MBPP itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Chow Kon Yeow dekat Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota di sini.

 

 

“Kerajaan Negeri sebelum ini melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar telah menghantar bantuan melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang ke Johor, sama juga Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

 

 

“Sekarang boleh dikatakan fasa kedua (pembersihan), iaitu fasa yang mana pekan, bandar dan institusi perlu dibersihkan, memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) ada kemudahan jentera combe dan petugas-petugas berpengalaman, kita dapat salurkan bantuan,” ujarnya kepada pemberita sebelum melepaskan pasukan konvoi sebentar tadi.

 

 

sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sungai Pinang, Lim Siew Khim; Datuk Bandar bagi MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang; Setiausaha Bandaraya bagi MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran dan Ketua-ketua Jabatan MBPP.

 

Kon Yeow percaya, untuk fasa ketiga kelak, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan mampu memulihkan keadaan dalam membina semula kawasan-kawasan terjejas.

 

 

Tung Seang dalam pada itu memberitahu bahawa selain jentera, MBPP turut menghantar kekuatan 20 kakitangan bagi melancarkan operasi pembersihan.

 

 

“Kita akan pertimbangkan sekiranya ada permintaan tambahan daripada segi jentera mahupun kakitangan untuk membantu misi pembersihan di Johor,” ulasnya lanjut.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT