Monorail rangsang ekonomi & sektor pelancongan

Admin

Oleh: AINUL WARDAH  SOHILLI

BATU UBAN – Bagi membolehkan jaringan sistem pengangkutan di Pulau Pinang mencapai tahap optimum dan lebih berkesan, bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo Yong-Boon mensarankan supaya Kerajaan Negeri menerima cadangan Kerajaan Pusat untuk membina monorail dari Pulau Pinang ke Bangkok.

Yong-Boon berkata, pembinaan monorail tersebut mampu menaikkan nama Pulau Pinang sekaligus memacu perkembangan sektor pelancongan negeri.

“Kedudukan Pulau Pinang sangat strategik dan mampu dijadikan hab pengangkutan.

“Walau bagaimanapun, cabaran untuk menuju tahap optimum bukanlah mudah dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui di jamuan tengahari bersama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan pada penganjuran Penang Economic Conference di sini baru-baru ini.

Katanya, negara-negara seperti Vietnam misalnya mempunyai jaringan lebuhraya menghubungkan Hanoi ke Beijing, China.

“Singapura juga telah bersetuju untuk membina monorail bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

“Sekiranya Pulau Pinang mempunyai sistem jaringan pengangkutan yang efisien, kemasukan pelabur juga akan meningkat kerana kemudahan akses yang membolehkan mereka bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat dengan lebih cepat dan selamat,” jelasnya.

Tambahh beliau, bagi membolehkan Pulau Pinang menjadi hab pengangkutan unggul, jaringan sistem pengangkutan negeri haruslah diselaraskan dengan kerjasama Kerajaan Pusat.

“Hal ini sekaligus dapat merangsang perkembangan ekonomi lebih positif dengan kemasukan pelancong-pelancong dan pelabur dari luar negara,’’ ujar Yong Boon.