MPPP WATCH / FACEBOOK MPPP

Admin

MAJLIS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di bawah Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat ingin memaklumkan kepada orang awam khasnya penduduk Pulau Pinang berkenaan medium baru penyampaian maklumat dan pengaduan iaitu Facebook.

Bagi mengemukakan sebarang aduan atau cadangan kepada pihak majlis, orang awam perlu ‘like’ page MPPP WATCH dan post segala aduan dan cadangan tersebut di wall dan pihak admin majlis akan menjawab dengan kadar segera setiap aduan dan cadangan yang dikemukakan.

Manakala page facebook MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG, OFFICIAL PAGE hanya digunakan sebagai medium penyampaian maklumat untuk program-program rasmi MPPP, notis pemberitahuan dan maklumat terkini mengenai MPPP dari semasa ke semasa.

Diharapkan pihak orang awam dapat menggunakan medium saluran baru ini dengan sebaik mungkin bagi membolehkan pihak Majlis memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Usaha ini adalah selaras dengan Visi dan Misi Majlis ke arah menyampaikan perkhidmatan yang unggul melalui amalan konsep “no wrong door policy”.

Medium penyampaikan maklumat. Medium kemukakan aduan & cadangan.