MPSP finalis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bukan sahaja dipilih menerima anugerah dalam Sistem Pemantauan Pintar (SPP), bahkan, turut disenarai pendek ke Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) bagi tahun 2014.

Majlis AIPM 2014 diadakan pada 5 September lepas di Dewan Perdana dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), yang dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Yang di-Pertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd. Sharif berkata, penyampaian sijil kepada finalis AIPM 2014 disampaikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) di Subang Jaya, Selangor pada 9 Oktober lepas.

“Wakil MPSP, iaitu Encik Abdul Fikri Ridzauudin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Maklumat telah menghadiri (AISA) untuk menerima sijil berkenaan,” katanya pada sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta tiga Ahli Majlis, Micheal Tan Cheong Heng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media tersebut.

Maimunah berkata, dua pengiktirafan tersebut sekaligus mereputasi lagi nama MPSP serta Kerajaan Negeri di peringkat nasional.