MPSP ke arah inisiatif hijau

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAMKesemua 23 Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi pilihan memilih alat pintar iPad, Samsung Galaxy Tab atau komputer riba ke arah mengurangkan penggunaan kertas di majlis tersebut.

Yang DiPertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif barubaru ini berkata, sebanyak RM62,921 telahpun dibelanjakan oleh majlis selari dengan polisi Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kita (MPSP) tidak mampu beralih pada sistem tanpa kertas sepenuhnya, kerana kita masih perlu mencetak dokumendokumen tertentu bagi tujuan pengfailan.

“Pun begitu, sekurangkurangnya kita (MPSP) ke arah ‘kurangkan kertas’ dengan mengurangkan penggunakan kertas di pejabat,” ujar beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh MPSP di Kompleks MPSP, Bandar Perda, di sini.

Selain Setiausaha Majlis MPSP, Ir. Rozali Mohamud, Johari Kassim, Md. Jamil Abd. Rahman, Soon Lip Chee dan Lim Tau Hoong merupakan antara Ahli Majlis yang turut serta pada sidang media itu.

Maimunah berkata, kesemua 15 ketua jabatan berwajib turut akan disediakan alat pintar secara berperingkat selepas ini dan sebanyak RM31,000 diperlukan untuk tujuan itu.

Justeru, Maimunah berkata, kesemua notis dan minit mesyuarat akan diedarkan kepada Ahli Majlis menerusi e-mel mulai mesyuarat bulanan.

MD. Jamil Abd. Rahman, Johari Kassim, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sarif, Soon Lip Chee dan Lim Tau Hoong memperagakan alat pintar masing-masing pada sidang media selepas mesyuarat majlis penuh MPSP di sini baru-baru ini.
MD. Jamil Abd. Rahman, Johari Kassim, Rozali Mohamud, Maimunah
Mohd. Sarif, Soon Lip Chee dan Lim Tau Hoong memperagakan alat
pintar masing-masing pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis
Penuh MPSP di sini baru-baru ini.