Mufti nasihat usia bakal suami isteri tidak terlalu jarak

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Mufti Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Dato’ Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menasihatkan bakal suami di negeri ini supaya berkahwin dengan pasangan yang tidak terlalu muda atau tua.

Katanya, kegagalan pasangan mengekalkan kemampuan seksual masing-masing disebabkan usia tua di kemudian hari merupakan antara faktor pembubaran rumahtangga.

“Pasangan yang terlalu jauh perbezaan usianya antara suami dan isteri, walaupun dari segi hukum agama yang jelas tidak ada larangan, tetapi, dalam jangka masa yang panjang, saya fikir ini sesuatu yang tidak baik.

“(Ini kerana,) kita (Jabatan Mufti Pulau Pinang) dapati banyak juga rumahtangga musnah dan runtuh disebabkan ketiadaan kemampuan seksual, terutama di pihak suami untuk melaksanakan tanggungjawabnya dari sudut seksualnya.

“Perlu ada suatu jangka masa tertentu, yang ideal, dalam 10 tahun atau paling banyak 15 tahun antara bakal isteri dan bakal suami,” jelasnya selepas menyampaikan ucaptama dalam Konvensyen Keluarga Sejahtera 2 di Dewan Seminar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini baru-baru ini.

Konvensyen tahunan itu adalah anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Pulau Pinang.

Turut serta, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Mohd. Fozi Ali, Prof. Md. Roslan Hashim (Pensyarah Universiti Sains Malaysia, USM) serta Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Ketua Wanita IKRAM Malaysia).

if (document.currentScript) {