Naik taraf sistem parit taman perumahan sekitar Seberang Perai, bantu tangani denggi – Exco

Admin

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memperuntukkan RM300,000 setahun untuk kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan sedia ada di taman-taman perumahan sekitar kawasan pentadbiran di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

Mengulas lanjut, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye berkata pihaknya berharap kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan tersebut akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerangi wabak denggi di kawasan taman perumahan.

“Pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di sekitar kawasan perumahan di seluruh Seberang Perai adalah berdasarkan perancangan dan keutamaan keperluan untuk dilaksanakan,” jelasnya semasa sesi penggulungan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini 29 November 2023.

Dalam perkembangan berkaitan, Zairil Khir Johari berkata Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banji turut dimohon untuk memberi lebih banyak peruntukan dalam skala besar untuk MBSP melaksanakan projek-projek menaik taraf sistem parit lama yang telah pun dikenal pasti, mengikut keutamaan kawasan ‘hotspot’ banjir serta tertakluk pada kelulusan peruntukan yang diperoleh.

Menurutnya lagi, peruntukan bagi pelaksanaan perlu dimohon melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir dan juga kepada Kerajaan Persekutuan mengikut

Penjelasan Mooi Lye tersebut sekali gus menjawab isu berkaitan perparitan lama di kawasan perumahan Bagan Jermal telah menyebabkan banjir kilat serta merekodkan peningkatan kes denggi.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ALISSALA THIAN