Nasib ibu tunggal, warga emas dapat perhatian ADUN

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : ALISSALA THIAN

SERI DELIMA – Terima kasih kepada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tampil memberi sumbangan dan prihatin dengan nasib kami sekeluarga.

Demikian luahan seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU), Norhafizah Abd. Rahman, 34, ketika menerima lawatan ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer di kediamannya dekat Taman Tun Sardon di sini baru-baru ini.

Beliau yang menetap bersamasama ibunya, Zaharah Puteh, 80, dan dua anak perempuan yang masing-masing berusia dua tahun dan enam bulan menyatakan bahawa kehidupan mereka sekeluarga kini hanya bergantung kepada sumbangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan setelah beliau ‘ditinggalkan’ suaminya setahun lalu.

“Saya amat hargai sumbangan YB (ADUN) ini, terutamanya barangan keperluan harian anakanak. Alhamdulillah dan terima kasih atas pemberian ini.

“Sejak bergelar ibu tunggal, keadaan tangan kanan saya yang lemah dan tidak mampu mengangkat benda-benda berat menyukarkan saya untuk keluar bekerja.

“Tambahan pula, anak-anak kecil yang memerlukan jagaan. Untuk uruskan anak hari-hari pun, saya perlukan bantuan emak,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara sejurus menerima sumbangan berkaitan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Penghulu Daerah Timur Laut, Nasrizal Nasib. Menurut Rayer, antara barangan yang disumbangkan adalah produk keperluan asas harian, susu dan lampin pakai buang untuk anakanak beliau.

“Sumbangan barangan-barangan ini akan diteruskan pada setiap bulan menggunakan peruntukan saya dan YB Ram (Ramkarpal). “Malah, pada masa sama, saya akan membantu Norhafizah sekeluarga membuat permohonan bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP),” jelas beliau.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);