ICF erat hubungan P. Pinang, Indonesia

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

BATU UBAN – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berharap penganjuran Festival Kebudayaan Indonesia (ICF) di sini baru-baru ini dapat mempereratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya dengan negeri Pulau Pinang.

Katanya, bidang pendidikan dan pelancongan menjadi teras utama dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara dua pihak terutamanya dengan negeri ini.

“Contohnya, di Universiti Sains Malaysia (USM) sahaja, terdapat lebih daripada 200 pelajar adalah berasal dari Indonesia.

“Di samping itu, turut menjadi komitmen dua pihak adalah pembangunan bidang keusahawanan dan pelancongan,” katanya pada Majlis Pelancaran ICF di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herma Prayitno, Konsulat Jenderal Indonesia ke Pulau Pinang, Taufiq Rodhy, Konsulat Jenderal Jepun ke Pulau Pinang, Ryoji Noda dan Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur.

Penganjuran ICF mempamerkan ciri-ciri kebudayaan Indonesia seperti batik, muzik, kraftangan, makanan dan lain-lain yang juga sinonim dengan masyarakat setempat di Malaysia.

Malah, para hadirin turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan pelbagai etnik dari Indonesia, nyanyian serta permainan alat muzik angklong dan gerai-gerai jualan.

Sambutan anjuran Persatuan Pelajar dan Masyarakat Indonesia USM tersebut diteruskan dengan persembahan artis terkenal Indonesia, Cakra Khan yang terkenal dengan lagu ‘Harus Terpisah’ pada sebelah malam.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);