Operator pantai Batu Feringghi ikut garis panduan

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNRentetan kemalangan melibatkan parasailing dan lapan peserta bina semangat sebuah syarikat korporat di kawasan Pantai Batu Feringghi (belakang Hotel Hard Rock) baru-baru ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menubuhkan satu badan siasatan bagi menjalankan proses penyiasatan berhubung insiden berkenaan di sini.

Tujuan penubuhan badan siasatan tersebut adalah bagi mengenalpasti demerit yang bakal diambil terhadap operator aktiviti pantai dan air jajaran pantai Batu Feringghi di sini.

Malah, Pengerusi Perkhidmatan Awam dan Perlesenan MPPP, Dr Jody Shoba menyatakan bahawa siasatan awal mendapati bahawa operator parasailing yang diberhentikan operasi perniagaan selama sehari ekoran kejadian itu didapati mematuhi segala prosedur ditetapkan.

Ini diperjelaskan lagi oleh Penolong Penguatkuasaan Kanan MPPP, Mohd. Jamil Zakaria yang menyatakan bahawa kumpulan peserta bina semangat terbabit telah berkumpul di kawasan pendaratan parasailing sebelum terkena tali parasailing yang dalam proses mendarat sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera.

“Mereka (para peserta bina semangat) sebelum itu dipercayai telah diarahkan beredar tetapi enggan berbuat demikian.

“Malah, kawasan pendaratan tersebut juga telah ditanda dengan kon (empat penjuru),” ujar beliau pada majlis sidang media di sini barubaru ini.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak supaya memberhentikan aktiviti-aktiviti pantai di sini, Pengerusi Jawatankuasa Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha memberitahu bahawa itu (tindakan) tidak mungkin dilakukan kerana ia (aktiviti pantai) merupakan ikon pelancongan dan keputusan itu terletak pada Kerajaan Negeri.

“Bagaimanapun, kita (MPPP) boleh menambahbaik perkhidmatan di situ (Batu Feringghi) seperti mengadakan kursus, penambahan fasiliti, pemantauan dan tindakan lain yang difikirkan perlu bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pelancong dari semasa ke semasa,” ujarnya.

mengulas mengenai desakan sesetengah p i hak supaya memberhentikan aktiviti-aktiviti pantai di sini, Pengerusi Jawatankuasa Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha memberitahu bahawa itu (tindakan) tidak mungkin dilakukan kerana ia (aktiviti pantai) merupakan ikon pelancongan dan keputusan itu terletak pada Kerajaan Negeri. “Bagaimanapun, kita (MPPP) boleh menambahbaik perkhidmatan di situ (Batu Feringghi) seperti mengadakan kursus, penambahan fasiliti, pemantauan dan tindakan lain yang difikirkan perlu bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pelancong dari semasa ke semasa,” ujarnya.

MOHD. Jamil Zakaria menjelaskan hasil siasatan kejadian kemalangan melibatkan parasailing dan lapan peserta bina semangat di Batu Feringghi di sini baru-baru ini.