P. Pinang sebagai syurga makanan, mampu pelopori industri pelancongan makanan negara

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : SHUM JIAN-WEI

GEORGE TOWN – Pulau Pinang kini lebih dikenali dengan jolokan ‘syurga makanan’ kerana keunikan, keaslian dan variasi makanan yang terdapat di sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, industri pelancongan makanan kini menjadi antara daya tarikan utama kemasukan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara ke Pulau Pinang.

Apatah lagi, tambah beliau, kesedapan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di Pulau Pinang bukan hanya terhad di jalanan ataupun pusat penjaja, malah juga boleh dinikmati di restoran-restoran mewah serta hotel bertaraf lima bintang.

“Kebanyakan pelancong yang datang ke sini bukan sahaja mahu melihat keindahan Pulau Pinang, bangunanbangunan warisan, tetapi juga untuk menikmati keaslian makanan Pulau Pinang.

“(Dan) Pulau Pinang mampu mempelopori industri pelancongan makanan negara memandangkan kemasukan pelancong melalui laluan udara bertambah iaitu dari 6.03 juta orang pada 2014 menjadi 6.3 juta (orang) tahun 2015,” ucapnya pada pameran Food & Hotel Penang (FHP) 2016 di sini baru-baru ini.

FHP 2016 diadakan selama tiga hari bermula 15 November sehingga 17 November tahun lalu dengan penyertaan 280 syarikat dari 30 negara seluruh dunia.

Dianjurkan oleh Malaysian Exhibition Services Sdn. Bhd. (MES), FHP 2016 dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim.

Mengetengahkan pemain industri produk makanan daripada pelbagai sektor, antaranya syarikat penyediaan makanan, minuman, hotel, restoran, penyediaan kelengkapan perkhidmatan makanan, bekalan makanan dan teknologi makanan, FHP 2016 merupakan pameran antarabangsa kali kedua selepas penganjurannya pada tahun 2014 yang berjaya memperoleh sambutan menggalakkan.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);