PAH labur RM40 juta buka Pusat Onkologi

PULAU TIKUS – Sebuah pusat onkologi dengan nilai pelaburan kira-kira RM40 juta dibuka di Hospital Adventist Pulau Pinang (PAH) mulai 30 Jun lalu, dengan kerjasama dari Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS).

“Orang ramai tertarik untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Pulau Pinang disebabkan mutu perkhidmatan perubatan yang ditawarkan cukup berkualiti, harga yang begitu berpatutan, kemudahan komunikasi, keselesaan ruang rehat dengan peluang memulihkan semula kesihatan (pelancong perubatan) yang diyakini,” ucapnya pada Majlis Pembukaan Pusat Onkologi Adventist (AOC) di sini baru-baru ini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin turut menyertai majlis tersebut.

Memetik statistik Kementerian Kesihatan, Guan Eng menyatakan bahawa sebanyak RM730 juta pendapatan negara pada tahun lepas adalah diperoleh daripada sektor pelancongan perubatan.

Di Pulau Pinang pula, beliau memberitahu, kirakira 1,000 warga asing mendapatkan perkhidmatan kesihatan pada tiap-tiap hari, dengan anggaran 60 peratus mereka adalah pelancong perubatan.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif PAH, Dr. Wesley Toh See Wei dalam ucapannya memberitahu, penubuhan AOC adalah demi memastikan para pesakit kanser lebih menerima khidmat perundingan kepakaran.

“Onkologi dari NCCS juga akan menyediakan input bagi kebanyakan kes demi memastikan rancangan diagnosis dan rawatan yang kami lakukan senantiasa mengikut piawaian penjagaan kanser (yang diiktiraf) dunia,” ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada Guan Eng.

Justeru, tambah See Wei, AOC dilengkapi dengan Synergy Linac System (Linac), iaitu pemecut linear radioterapi maju.

“Linac boleh mengurangkan bilangan sel-sel sihat terjejas oleh radiasi kerana darjah ketepatan yang lebih tinggi dan jitu,” jelas beliau.

Bercakap pada majlis sama, Pengarah NCCS, Profesor Soo Khee Chee pula memberitahu, pihaknya tidak sabar untuk membawa keluar hasil kerjasama kepakaran perubatan jitu di AOC tersebut untuk diiktiraf di kedua-dua negara berkenaan, hatta ke peringkat dunia,

“Perkongsian ini adalah lebih bermakna kerana PAH bukan sahaja (pusat pakar kesihatan yang berorientasikan) keuntungan,” kata Khee Chee.

Di Malaysia, 37,000 kes kanser direkodkan pada tahun 2012, berbanding 32,000 sahaja bagi tahun 2008.

Angka itu, dijangka akan terus meningkat pada 56,900 pada tahun 2025 nanti.

Agensi Kaji Selidik Kanser Antarabangsa (IARC) mendedahkan, sebanyak 20,100 kematian direkodkan akibat sakit barah pada tahun 2008, dan meningkat pada angka 21,700 kematian pada tahun 2012.

}