Pameran buku dorong budaya membaca – ADUN

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Sebanyak 24 artis seni dan pembuat kraftangan dirakam menjayakan Pameran Buku, Seni dan Kraftangan Pulau Pinang pertama selama 10 hari bermula pada 23 Mei lepas di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey dalam ucapan perasmiannya turut merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang menyertai pameran tersebut.

“Walaupun pada dasarnya kita mempunyai perpustakaan, tetapi, kebanyakannya adalah di kawasan luar bandar. Bilangan perpustakaan yang ada di kawasan bandar adalah terhad.

“Peluang sebeginilah harus digunakan oleh masyarakat sekeliling untuk menambah pengetahuan dan bahan bacaan.

“Melalui pembacaan sahaja, kita dapat mempertingkat diri,” ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada penganjur, Leo Books.

Justeru, Soo Huey berkata, pihaknya berharap pameran bertemakan OMG! atau O’My George Town itu akan mendorong lagi semangat komuniti tanpa mengira lapisan umur untuk menyuburkan budaya membaca dalam diri masingmasing.