Pameran Orkid Penang 2019, strategi promosi industri pelancongan Pulau Pinang

Admin

BAYAN LEPAS – Pameran Orkid Penang 2019 bakal berlangsung dekat Taman Botani pada 11 hingga 18 Ogos ini merupakan satu lagi strategi Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan.

Exco Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Yeoh Soon Hin berkata, pameran tersebut adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mengetengahkan keunikan Pulau Pinang sebagai negeri penanaman orkid.

Jelasnya lagi, kira 600 orkid yang eksotik dan berwarna-warni daripada 60 jenis speseis bakal menghiasi pameran tersebut.

Antara spisies orkid yang akan dipamerkan pada Pameran Orkid Penang 2019.

“Selain itu, pameran ini juga bertujuan mendidik masyarakat tentang penjagaan tanaman orkid.

“Pameran ini juga merupakan pesta orkid bagi para pencinta dan peminat bunga orkid,” ujarnya pada sidang media dekat Hotel Equatorial di sini pagi ini.

Hadir sama, Presiden ‘The Federation of Malaya Orchid Society’ (FOMOS), Tony Tan dan Pegawai Bioteknologi Tumbuhan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sreeramanan Subramaniam.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa pendaftaran bagi program ‘Miss Asia Global Malaysia 2019/2020 telah dibuka bermula hari ini sehingga 20 Ogos 2019.

“Oleh itu, saya menggalakkan para wanita untuk menyertai pertandingan ini supaya dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Pulau Pinang.

“Program ini bukan sahaja platform bagi wanita untuk menyerlahkan bakat terpendam malah dapat memperkenalkan Pulau Pinang daripada  aspek kepelbagaian kebudayaan dan kesenian ke arah Tahun Melawat Malaysia 2020,” jelasnya lagi.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendaftarkan diri di laman sesawang https://forms.gle/t6TZ5ZQXhukyrLAy8

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN

Gambar: NUR AMIRAH HUSNA ROSLAN