Pasar Awam Sri Bandar bakal dimodenkan

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

BAGANInisiatif Kerajaan Negeri menaiktaraf Pasar Awam Sri Bandar, Butterworth di sini bakal membantu para peniaga menjana pendapatan dalam suasana lebih selesa dan teratur dengan penyediaan kira-kira 167 petak jualan (gerai) dan juga kemudahan lengkap.

Projek yang dijalankan dalam tempoh lapan bulan bermula 1 Jun lalu hingga 4 Februari 2013 bakal menelan belanja sebanyak RM1.89 juta.

Pengimplementasian projek tersebut merupakan sebahagian daripada pelan bernilai RM10 juta Kerajaan Negeri berhubung insiatif menaiktaraf seluruh pasar awam di Seberang Perai yang mana termasuk kerja-kerja penyediaan gerai, tandas, kerja mekanikal, elektrikal dan menaikkan bumbung lebih tinggi bagi pengaliran udara lebih baik.

Dalam pada itu, walaupun pasar awam tersebut dimodenkan, namun, kadar sewa antara RM30 hingga RM120 sebulan (bergantung kepada jenis jualan) bakal dikekalkan demi kebajikan para peniaga di lokasi berkenaan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yow berkata, bagi membolehkan kerja menaiktaraf dijalankan, para peniaga bakal dipindahkan ke lokasi sementara terletak berhadapan kawasan asal.

“Kesulitan selama lapan bulan yang bakal dihadapi para peniaga akan terbela selepas siapnya kompleks pasar baru yang lebih selesa, bersih dan hijau.

“Saya percaya, kalau pasar bersih, semua orang nak datang, maka, peniaga pun boleh mendapat hasil jualan yang lebih baik,’’ katanya sempena lawatan kerja ke Pasar Awam Sri Bandar, Butterworth di sini baru-baru ini.

Turut serta, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng Yang diPertua MPPP, Maimunah Mohd. Sharif dan Setiausaha Majlis MPSP, Rozali Mohamud.

LAKARAN grafik Pasar Awam Sri Bandar, Butterworth yang bakal dinaiktaraf dalam tempoh lapan bulan sehingga Februari 2013.
LAKARAN grafik Pasar Awam Sri Bandar, Butterworth yang bakal dinaiktaraf dalam
tempoh lapan bulan sehingga Februari 2013.