Pasukan Perahu Naga MPPP cemerlang di arena antarabangsa

Gambar : MPPP

GEORGE TOWN – Penglibatan dan sokongan berterusan pihak pengurusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membolehkan pasukan Perahu Naga pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit cemerlang dalam kejohanan 4th Korea Open Busan International Dragon Boat 2014 yang berlangsung di Suyeong River, APEC Naru Park, Haeundae, Busan, Korea pada 8 hingga 12 Oktober lalu.

Pengurus pasukan, Khairol Izwan Salamat berkata, MPPP berjaya muncul sebagai naib johan dalam tiga kategori iaitu Premier Open 500 meter, Premier Open 500 meter serta Premier Open 200 meter dan Premier Open 200meter (ketiga).

“Pasukan Perahu Naga MPPP adalah terdiri daripada 100 peratus kakitangan Majlis dan mula bergiat aktif dalam arena sukan tersebut semenjak tahun 90an.

“Lebih manis lagi, penyertaan kali ini merupakan yang pertama bagi pasukan dan kita tidak menjangkakan sebarang kemenangan,’’ katanya di sini baru-baru ini.

Penganjuran kejohanan perahu naga kali ke-empat tersebut turut disertai lebih 20 pasukan antarabangsa antaranya dari Filipina, Hong Kong, Australia, Singapura, Taiwan dan lain-lain.