PBIM 2019 dimulakan!

Admin

PANTAI JEREJAK – Kira-kira 5,000 peserta bagi Kategori Maraton Penuh dilepaskan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow tepat pada jam 1:30 pagi bagi merebut gelaran juara penganjuran acara tahunan, Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2019.

Acara tersebut berlangsung apabila Ketua Menteri melepaskan satu das tembakan ke udara sebagai simbolik pelepasan para peserta berkaitan.

Turut serta, Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin dan bekas pemenang pingat Olimpik bagi acara larian, Bernard Kipchirchir Lagat.

Difahamkan, seramai 26,000 peserta dari dalam dan luar negara menyertai PBIM 2019  yang terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu maraton penuh 42 kilometer (km), 21km dan 10km.

Menyerikan penganjuran kali ini, Kipchirchir Lagat turut sebagai duta PBIM.

Selamat berjaya!

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING