PDC berpindah ke Mayang Mall selepas BPO Perdana siap – KM

BAYAN LEPAS – Pulau Pinang ke arah menjadi sebuah negeri keusahawanan, dengan pemajuan Mayang Mall yang dijangka siap pada Julai tahun depan sebagai satu lagi simbol kejayaan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, operasi agensi negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan berpindah ke kompleks itu, apabila projek pemajuan perdana Penyumberan Luaran Proses Perniagaan (BPO) siap pada bulan Julai tahun depan.

“Dalam usaha untuk mewujudkan semua ini, Kerajaan Negeri perlu membuat pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan dan industri kreatif dan inovatif.

“Saya ingin memberitahu anda bahawa selepas BPO Perdana disediakan, PDC akan dipindahkan di bangunan sendiri.

“Ini, untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu hab penyumberan luar global pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali PDC di sini baru-baru ini.

Justeru, Guan Eng berharap, projek BPO Perdana tersebut mampu memberi manfaat kepada perkembangan industri kreatif serta inovatif di negeri ini, yang merangkumi sektor perniagaan, kerjaya, masyarakat dan perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar turut berucap pada majlis berkaitan. Hadir sama, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Pada Ogos lalu, PDC baru memeterai satu perjanjian dengan dua pihak dari Singapura bagi pembangunan projek perdana BPO, dengan RM1.3 bilion nilai pembangunan kasar (GDV).

Projek usaha sama PDC dengan Temasek serta Economic Development Innovations Singapore Pte. Ltd. (EDIS) tersebut adalah di atas sebidang tanah milik PDC berkeluasan 6.8 ekar di Bayan Baru.

Guan Eng memberitahu, usahasama itu membolehkan PDC memegang 51 peratus syer, dan selebihnya dipegang oleh para pelabur lain.

Tambahnya, projek perdana BPO itu turut akan mewakili hab perniagaan utama Multimedia SuperCorridor (MSC) Malaysia di Bandar Siber 1 Pulau Pinang, yang meliputi tanah kira-kirta 1.6 juta kaki persegi.

Jelas beliau, rancangan pemajuan projek tersebut dilaksanakan dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);