Pejabat Ahli Parlimen Batu Kawan anjur program perkasa belia 26 Nov.

Admin
(Dari kiri) WONG Le Ye, Jason Ng dan Ewe Chee Way dalam sidang media promosi Program Pemerkasaan Belia dan Kesedaran Komuniti di sini pada 15 November 2023.

GEORGE TOWN – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow akan menganjurkan Program Pemerkasaan Belia dan Kesedaran Komuniti di Ballroom The Top (Tingkat 5) dekat sini pada 26 November ini mulai 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

EWE Chee Way

Pengarah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan, Ewe Chee Way berkata program buat julung kali dianjurkan itu akan melibatkan agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso), Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, dengan menyasarkan 120 penyertaan dalam kalangan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun.

“Program ini adalah inisiatif Pusat Khidmat Ahli Parlimen (Kon Yeow) yang mana diharapkan program ini dapat menyemai serta memperkasa golongan belia untuk menjadi pemimpin berwibawa selaras dengan Visi Penang2030,” jelasnya dalam sidang media promosi acara di Komtar pada 15 November 2023.

Selain pameran agensi-agensi berkaitan, beliau berkata para peserta turut berpeluang mengikuti sesi penerangan mengenai fungsi akaun ketiga pencarum KWSP, kaedah mengenai panggilan scam serta taklimat tatacara permohonan Rumah Mampu Milik (RMM).

Jason Ng (ahli Jawatankuasa Belia Pulau Pinang Padang Kota) dan Wong Le Ye (Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Batu Kawan) turut sertai sidang media tersebut.

Hubungi 04-2260218 untuk pertanyaan lanjut dan bagi yang berminat untuk menyertani boleh mendaftar melalui Google Forms di Facebook Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD