Pelaburan Tesco jana peluang pekerjaan di PP

Admin
KETUA Menteri tertarik melihat ikan segar bersaiz besar yang terdapat di Tesco Seri Tanjung Pinang bersempena majlis pelancarannya baru-baru ini.
KETUA Menteri tertarik melihat ikan segar bersaiz besar yang terdapat di Tesco Seri Tanjung Pinang bersempena majlis pelancarannya baru-baru ini.
KETUA Menteri tertarik melihat ikan segar bersaiz besar yang terdapat di Tesco Seri Tanjung Pinang bersempena majlis pelancarannya baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Ia sememangnya petanda baik bagi Pulau Pinang apabila peruncit multinasional terkemuka terus-menerus mengembangkan operasi di Malaysia. Perkembangan ini juga jelas menunjukkan bahawa landskap yang beroperasi di negeri ini memberi kelebihan kepada prospek dan syarikat serta mengekalkan pertumbuhan secara positif.

Pembukaan pasaraya besar Tesco Malaysia Sdn. Bhd. kali ini merupakan gedung kelima di Pulau Pinang, di mana empat yang lain bertempat di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Sungai Dua dan Jelutong, menjadikan Tesco Seri Tanjung Pinang yang ke-41 di Malaysia.

Tesco telah melabur kira-kira RM21 juta bagi mengurangkan harga lebih daripada 500 jenis barangan di semua gedung di Malaysia melalui Program Pemotongan Harga (Price Cut Programme). Isyarat ini sememangnya tepat pada masanya memandangkan harga yang melambung tinggi dan iklim ekonomi yang mencabar,” kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika memberi ucapan di Majlis Pembukaan Tesco Tanjung Pinang, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kira-kira 60% barangan Tesco adalah barangan buatan Malaysia. Oleh itu, kejayaan Tesco ini juga mencerminkan kejayaan pengeluar-pengeluar tempatan dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia.

Untuk makluman, kesemua gedung Tesco di Pulau Pinang mengambil pekerja di kalangan penduduk tempatan. Difahamkan, pembukaan pasaraya besar yang baru di Tanjung Pinang ini juga akan menggaji kira-kira seramai 300 pekerja. Bermula daripada pekerja am sehingga kakitangan peringkat pengurusan, mereka akan menjadi sebahagian daripada 2000 pekerja di seluruh Pulau Pinang.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami berjanji akan melakukan sedaya mungkin untuk memastikan ahli-ahli komuniti perniagaan kami menikmati operasi yang efisien bagi mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang dan mampan,” ujar beliau lagi.

Tesco Seri Tanjung Pinang telah dirasmikan oleh Gabenor Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Abbas dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Tjeerd Jegen, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Halim Hussain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Wazir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan beberapa tetamu kehormat.