Pelajar cemerlang terima penghargaan

AIR ITAM – Buat julung kalinya, seramai 54 pelajar cemerlang tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman menerima anugerah kecemerlangan pada majlis anjuran khas Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Wong Hon Wai, beliau bersyukur kerana setelah beberapa kali permohonan dihantar ke sekolah berkenaan sebelum ini berhubung penganjuran majlis berkaitan, akhirnya kata sepakat dicapai.

“Sebelum ini, kita sudah cuba beberapa kali untuk buat, namun ianya tidak terlaksana.

“Walaupun wang tunai yang disumbangkan tidak banyak, namun penghargaan yang diterima mampu menjadi galakkan kepada para pelajar untuk terus cemerlang,’’ katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Sri Aman Sesi 2015 yang diadakan di Flat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);