KN tidak abai rakyat atas dasar perkauman & latar belakang

KEPALA BATAS – Hampir 1,000 keluarga di kawasan Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor menerima sumbangan Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri bersempena sambutan perayaan berkaitan di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Turut sama, Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Zahar Zainul (Pegawai Penerangan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri), Mohamad Shaipol Ismail (Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) serta dua Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Syerleena Abdul Rashid serta Chris Lee Chun Kit.

Zairil berkata, program tersebut secara tidak langsung menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mengabaikan rakyat di sini atas dasar perkauman.

“Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada penduduk yang tinggal di sini (Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor), sebaliknya banyak program-program sumbangan seperti bantuan warga emas, ibu emas dan anak emas turut dapat dinikmati semua rakyat di sini,’’ ucapnya pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hon Wai memberitahu bahawa sumbangan tersebut adalah bagi mengurangkan beban ditanggung para penerima di sini.

“Sumbangan ini bukan diberikan untuk mereka yang berkepentingan, sebaliknya, kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa mengira latar belakang politik masingmasing,’’ ujar beliau.

Pada majlis tersebut, setiap keluarga yang terpilih menerima bantuan makanan asas antaranya, sekampit beras, minyak masak dan makanan segera sebagai persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);