Pelihara hak kanak-kanak demi masa depan negara

Admin

 

LIM Guan Eng bersama isteri dan anak beliau bergambar kenang-kenangan bersama kakitangan 'Melody Kindergarten' serta kanak-kanak tadika tersebut baru-baru ini.
LIM Guan Eng bersama isteri dan anak beliau bergambar kenang-kenangan bersama kakitangan ‘Melody Kindergarten‘ serta kanak-kanak tadika tersebut baru-baru ini.

 

 

 

GEORGE TOWN – Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober adalah satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.

Acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Bersempena dengan sambutan tersebut, satu konsert serta penyampaian ‘ijazah’ kepada kanak-kanak tadika telah diadakan di Dewan Sri Pinang, di sini, baru-baru ini.

‘Melody Kindergarten Graduation Concert’ diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew serta anak bongsu pasangan terbabit.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara pentas termasuk lakonan ringkas, nyanyian, tarian serta video klip mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di ‘Melody Kindergarten’ sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, kanak-kanak serta ibu bapa turut teruja apabila Guan Eng menyampaikan cenderahati berupa beg kitar semula kepada mereka semua.